Space Iklan Islami

Masuk Syurga atau Neraka kerana Seekor Lalat - Kisah Islami

Posted by I S L A M A D I N A on 12.23.2016

Kisah Islami

Pada suatu hari , ketika sedang duduk bersama para sahabat , Rasulullah SAW telah bercerita,

"Ada seorang lelaki masuk syurga kerana lalat ," kata baginda . "Dan di sebaliknya , ada seorang lelaki masuk neraka , juga kerana lalat ," .
"Macam mana hal itu boleh terjadi , ya Rasulullah?" tanya salah seorang sahabatnya .

Lalu Rasulullah SAW meneruskan ceritanya.Menurut baginda , pada suatu ketika , dua orang pengembara beragama Islam telah melalui sebuah perkampungan yang dihuni oleh penyembah berhala . Dua orang pengembara itu ditangkap oleh orang-orang kampung itu .

"Sesiapa pun tidak boleh keluar dari kampung ini sebelum menyembelih hewan korban untuk berhala kami !" kata ketua kampung itu ."Tapi aku tak ada apa-apa untuk dikorbankan," jawab seorang daripada dua orang pengembara itu ."Ya , nampaknya memang benarlah engkau berdua tidak ada apa-apa untuk dikorbankan buat berhala kami.Tetapi engkau boleh sembelih haiwan apa-apa pun yang terdapat di sini , hatta seekor lalat sekalipun tetap kami terima sebagai korban.""Baiklah , aku akan sembelih seekor lalat asalkan engkau melepaskan aku," jawab salah seorang daripada pengembara itu .

Seterusnya dia menangkap seekor lalat dan menyembelih lalat itu . Perbuatannya direstui oleh ketua kampung dan orang kampung berkenaan . Seterusnya , dia telah dilepaskan .

Malangnya , oleh kerana perbuatannya itu , dia telah syirik kepada Allah SWT. Dialah lelaki yang memasuki neraka kerana lalat .

Selepas membebaskan lelaki yang menyembelih lalat tadi , ketua kampung itu menggesa seorang lagi tawanannya untuk melakukan  hal yang sama namun dijawab oleh tawanan itu:

"Aku tak akan menyembelih apa-apa untuk berhala kamu. Aku hanya menyembah Allah yang Esa , Tuhan semesta alam."
"Cepat , sembelihlah lalat atau kau akan kami bunuh! "
"Tidak , aku hanya menyembah Allah , aku tidak akan melakukan korban sembahan untuk berhala kamu!" tegas tawanan itu .
 Oleh itu , beliau telah dibunuh . Dialah lelaki yang masuk syurga kerana lalat .

Blog, Updated at: 01.05.00

0 comments:

Posting Komentar

Terima kasih sudah Berkunjung Ke Blog Ini..Silahkan Berkomentar Asal dengan bahasa santun dan saling menjaga kesopanan.
Hidup Blogger Indonesia..!!!!

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.

DIMANA ALLAH / TAUHID